Friday, December 10, 2010

I Am Busy

Busy?..korang mesti tahu kan perkataan busy ni??..kalau tanya budak kecik umur 5 tahun pun diorang boleh tahu apa tu busy, jadik kalau rase-rase tak tahu atau da lupa macam yang selalu jadik time exam.. *kan biasa kita akan jadik blur bila dalam dewan exam..perkataan senang pun susah gila nak ingat bila time-time yang sangat berguna contohnya bila perlu membuat karangan dalam bahasa english* korang boleh pegi cari kamus dan bukak perlahan-perlahan *kena perlahan-perlahan dan kalau boleh cari kamus bila semua orang kat rumah dah tidur, untuk mengelakkan malu yang sangat besar pada adik-adik korang atau anak-anak sedara korang*..

Kata bijak pandai, jangan ditegur 3 jenis manusia iaitu orang yang tengah lapar, orang yang tengah sakit dan orang yang tengah bercinta kerana orang yang tengah lapar sibuk memikirkan kelaparannya,orang yang tengah sakit sibuk memikirkan kesakitannya dan orang yang tengah bercinta sibuk memikirkan percintaannya. *jangan tertipu yer, saya hanya copy kenyataan orang ni - Azzariyat, bukan baca buku ilmiah pon!!*..Tapi kenapa busy dengan kerja takde dalam senarai yer??..

- gambar memang tengah busy giler dengan codes -

Minggu ni sebenarnya saya sangat busy dengan kerja-kerja yang menimbun kat dalam PC, tetapi seperti biasa untuk tak nak menjadik gila dengan cepat dan untuk mengelakkan muka saya yang cantek tambah muda *saya tahu saya perasan* menjadi tua disebabkan banyak berpikir, jadik saya pun dengan muka excited seperti orang yang dah takde kerja nak buat mula membuka Facebook dan mula mengupdate blog..

Untuk korang suma, layan la gambar-gambar busy saya kat bawah..

- gambar diambil masa outstation kat Johor -

- gambar masa praktikal *sangat rajin even mase ni baru praktikal* -

Okaylah, time to continue my works...tapi bila tengok jam dah dekat pukul 6..nak balik ke nak siapkan kerja ek?..*padahal dah malas gila tambah dah takde idea dah nak buat codes*..

Friday, November 26, 2010

Blogger??

Hi..my name is Hasazrini..Just call me Rini *hu3 sape2 yang dah kenal saya sila tutup mulut anda*.. Saya lahir pada tahun 1987..nak tahu umur, tolak sendiri k..*sape yang tak berapa otak math, sila cari calculator, tak pon kire jek kat phone*...

Actually, Untuk pengetahuan semua..saya dah join blogger ni dari 2008 lg *uish, lame tuh*..yup..mmg sgt lame..tapi satu menatang *rini behave k..jgn ckp kotor*..okeh2..satu haiwan pon saya tak pernah tulis atau letak kat blog saya...

Kenape ambik mase yang terlampau lame??

*Eh, ikut suke aku la..*...sebenarnye seriously saya dengan sangat merendah diri mengatakan dan membuat kenyataan bahawasanya..saya sangat tak tahu nak tulis ape kat blog nih *mulut banyak tak semestinye idea menulis pon banyak (kenyataan ini untuk kawan-kawan yang sangat mengenali saya ni jenis orang yang cakap banyak)*...

Abes Kenapa Anda Ada Blog??

Mula2 adalah kerana pengaruh rakan-rakan sebaya.mase 2008 tu saya tengah study lagik, jadi asal pegi je bilik member tanya diorang apa yang diorang buat mesti, konfem, sah, sahih jawapan diorang adalah mengupdate blog..Tapi disebabkan kerana saya ni jenis yang sangat "Pelajar Cemerlang" jadi semestinya takde mase langsung nak main blog sebab keja saya masa tu adalah --------> belajar...*sangat-sangat poyo, lau betul-betul la kau belajar konfem kau dah dapat 1st class degree*..

Kenapa baru sekarang terasa nak aktif??

Sebab saya rasa sekarang saya ada banyak masa terluang..*harap bos tak bace la blog aku*...Lagipon sekarang saya banyak belajar dari blog-blog lain macamana nak tulis entry yang menarik untuk blog...

Baiklah, first post tak perlu panjang-panjang..just a simple pengenalan diri...*actually, entry ni aku tulis kat ofis, kang tak pasal-pasal bos datang..owh, so this is the code that are you working for*kire code la gak kan??...hu3...


nota kaki : Anne sangat2 terima kasih yer sebab ajar aku godek2 benda ni semalam...